SUNGAI
MERUPAKAN ANUGERAH TUHAN YANG AMAT BERNILAI DAN PERLU DIJAGA DENGAN BAIK OLEH
MANUSIA.
JELASKAN PENDAPAT ANDA TENTANG SEBAB-SEBAB SUNGAI TERCEMAR DAN KEPENTINGAN SUNGAI DALAM KEHIDUPAN.[ 100 MARKAH ]
JELASKAN PENDAPAT ANDA TENTANG SEBAB-SEBAB SUNGAI TERCEMAR DAN KEPENTINGAN SUNGAI DALAM KEHIDUPAN.[ 100 MARKAH ]
“Beribu-ribu ekor ikan terapung-apung di
permukaan sungai” “
“sungai di Pahang telah teruk dicemar”.
“sungai di Pahang telah teruk dicemar”.
Begitulah
tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada
akhbar-akhbar tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja
menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga
sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan persidangan utama
dunia.Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti
dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu
pancemaran sungai sudah menjadi berita basi.Kerajaan pernah mengadakan
kempen-kempen seperti “Cintailah Sungai Kita” tetapi mendapat sambutan yang
dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun isu ini hangat
diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,
pernahkah terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan “pencemaran
sungai”? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat,
“pencemaran sungai” dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan
sungai yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi
ini pasti ada sebab-sebab yang munasabahnya kerana kalau angin tidak
bertiup, masakan pokok bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang
kepada pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.
Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah
pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan
oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa
sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Fenomena ini boleh dikatakan
telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi
ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang
besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada
tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam
sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Mereka malas untuk membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang
sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh
sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah
sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu
menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai
bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai.
Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik
daripada kilang-kilang ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut
akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai
yang rendah amat berbahaya kepada manusia dan kehidupan akuatik. Hal ini
dikatakan demikian kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang pH rendah,
kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi
ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti kehidupan
akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah
sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan
kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilang-kilang
besar. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke
dalam sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain
mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya.
Sikap sebegini yang mementingkan dirisendiri ibagai enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis demi kepentingan bersama.
Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal
sebegini telah lama berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan
berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah
bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di
permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan tumbesaran bagi
tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana
minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan
tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran
tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan
makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia, masalah tumpahan minyak
ini tidak pernah berlaku dalam negara tersebut kerana mereka mempunyai kapal
yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali.
Apakah
kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan bahawa
sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita.
Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya
sebagai medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah
dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur
dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan
yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan
menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara
kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga
pengangkutan air. Hal ini dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi
kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan menjadi bumi
Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengannegara
gergasi yang lain di persada dunia.
Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan
protein kepada manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya
datang dari air sungai. Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut
perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan memakan kos
seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat
hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah
datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan
udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam
ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari “sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”. Peribahasa ini mengingatkan manusia
supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan akuatik dan
merupakan anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan
kitapada hari esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya.
Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat “ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni” untuk mengatasi kemelut pencemaran
air yang dapat diibaratkan seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan
negara. Janganlah kita membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara
kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan
bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang
merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan diri
daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena “sudah
terhantuk baru tengadah”. Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan
visi kudsi wawasan 2020. ‘Cintailah Sungai Kita’.
No comments:
Post a Comment