SPM 2015 - SOALAN RAMALAN (DIMENSI DIRI)
SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Kemalangan di jalan raya semakin
meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai remaja, apakah peranan yang perlu anda
mainkan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Jalan raya – dibina oleh kerajaan
– bertujuan memudahkan perjalanan dan kemudahan pengangkutan bergerak –
kemalangan semakin meningkat – saya harus memainkan peranan untuk
mengurangkan kemalangan di jalan raya
|
ISI PENTING
|
1. Saya tidak akan menyalahgunakan
lesen kenderaan yang saya miliki – menggunakan lesen tersebut untuk tujuan
kemudahan bergerak – tidak menyalahgunakan lesen memandu untuk berlumba haram
– kemalangan dapat dikurangkan
2. Saya perlu bertimbang rasa –
menghormati pengguna jalan raya yang lain – memberikan laluan kepada pejalan
kaki – menunggu dengan kesabaran – sikap sabar itu separuh daripada iman –
mengurangkan kemalangan jiwa
3. Saya mesti mematuhi peraturan
lalu lintas – mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan – tidak memandu
melebihi had laju – sikap ini membahayakan diri dan nyawa orang lain – biar
lambat asalkan selamat – sentiasa mengingati pesanan ibu bapa
4. Saya mesti berbudi bahasa di
jalan raya – bersikap tolak ansur terhadap pengguna jalan raya yang lain –
tidak menunjukkan sikap biadab seperti mencabar pemandu lain untuk bersaing
dan berlagak ngeri – menghargai nyawa yang dianugerahkan oleh Tuhan
5. Saya wajib memandu dengan
berhemat dan berhemah – merancang perjalanan yang jauh – rehat apabila berasa
letih – tidak memaksa diri memandu dalam keadaan penat – menggelakkan
kemalangan jalan raya – pandu cermat jiwa selamat
|
PENUTUP
|
Setiap pengguna jalan raya
termasuk saya – berusaha untuk mengurangkan risiko kemalangan – tidak lagi
melabelkan jalan raya sebagai mulut harimau yang berbahaya – menjamin
keselamatan diri dan orang lain di jalan raya – rakyat Malaysia boleh!
|
(KBAT)
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan
remaja semakin leluasa. Walau bagaimanapun, remaja boleh memanfaatkan telefon
bimbit untuk pelbagai tujuan yang baik.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Telefon bimbit – ciptaan teknologi
yang paling popular selepas Internet – hampir semua manusia di dunia ini
memerlukannya – telefon bimbit banyak manfaatnya – remaja boleh
memanfaatkannya dengan tujuan yang baik
|
ISI PENTING
|
1. remaja bolehlah menggunakan
telefon bimbit untuk tujuan telekomunikasi – perhubungan antara manusia
menjadi erat bagai isi dengan kuku – bertukar cerita dan pandangan melalui
perbualan – menjalin ukhuwah dengan cara yang betul melalui teknologi telefon
2. remaja dapat menggunakan
telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran – memuat turun aplikasi yang berguna
dalam sistem android – aplikasi Kamus, kalkulator, perisian nota sejarah dan
geografi – memudahkan pencarian maklumat – masa itu emas – menjimatkan masa
3. remaja dapat menyimpan data
waima maklumat – bergantung pada kapasiti memori telefon – nota dalam bentuk
PDF, JPEG, dan multimedia lain – memudahkan kerja ulang kaji – maklumat di
hujung jari – dapat membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan
4. remaja dapat membina laman web
atau laman blog sendiri – meluahkan perasaan dan idea dalam bentuk media –
membina laman blog kehidupan, pelajaran waima hiburan – mengisi masa lapang
dengan bijak – tidak mensia-siakan kemahiran yang diperoleh
5. remaja juga dapat membina
jaringan sosial yang sihat – bertukar-tukar idea dan pendapat tentang ilmu
dan pengetahuan – membina kumpulan belajar secara maya – menggunakan
kemudahan aplikasi Telegram – memudahkan perhubungan dan penyebaran maklumat
|
PENUTUP
|
Remaja – bijak memanfaatkan
ciptaan teknologi – tidak menyalahgunakan telefon bimbit – menghargai dan
menggunakan telefon bimbit untuk tujuan baik – memudahkan kehidupan moden
|
(KBAT)
Remaja yang sihat dapat membina negara yang maju dan progresif
pada masa depan. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara anda mengamalkan gaya hidup
sihat demi kesihatan yang optimum.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Remaja – golongan yang menghadapi
perubahan fizikal dan mental – menjaga kesihatan sejak kecil – gaya hidup
yang sihat – mencapai tahap kesihatan yang optimum – memastikan hidup lebih
berkualiti – pelbagai cara dapat saya amalkan – menjadi remaja yang sihat
|
ISI PENTING
|
1. makan makanan yang seimbang –
menjauhi makanan segera – mengelakkan diri daripada mengunjungi restoran yang
menjual makanan segera – mematuhi piramid makanan – mendapat semua zat dan
nutrien – membina tubuh yang kuat dan sihat demi masa depan
2. remaja harus bersenam dan
bersukan – tidak menjadikan sibuk sebagai alasan tidak bersenam –
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu – membina stamina yang tinggi – membuang
sisa-sisa toksik – berasa lebih cergas – badan cergas otak cerdas – amalan
gaya hidup sihat
3. remaja perlulah merancang
jadual kehidupan – berehat jika penat dan letih – tidak memaksa diri bekerja
lebih daripada kemampuan – rehat dapat membaiki tisu badan yang rosak –
menjamin kesihatan diri – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna – kesedaran
4. remaja seperti saya harus
menjauhi gejala sosial – mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat –
menjauhi tabiat merokok, kancah dadah, dan gengsterisme – memastikan diri
berfikiran matang dan memiliki jati diri mulia – diterima kawan dan disanjung
oleh lawan
5. remaja harus mendapatkan
rawatan jika tidak sihat – membuat pemeriksaan kesihatan – mendengar nasihat
pakar kesihatan – makan ubat mengikut sukatan dan jadual – membasmi bakteria
dalam badan – otak yang cerdas datang daripada badan yang cergas
|
PENUTUP
|
remaja – menjaga kesihatan diri –
menghargai nyawa – tidak menyesal setelah mendapat strok – kadar strok dalam
kalangan orang muda semakin meningkat – penyakit tidak akan menyerang manusia
yang sihat – mengamalkan gaya hidup yang sihat – demi masa depan yang
gemilang
|
No comments:
Post a Comment