PERANAN IBU BAPA MENJADIKAN ANAK-ANAK INSAN
YANG BAIK
Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan
yang bertanggungjawab mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika biru,
birulah ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anak-anak pada
masa hadapan, Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap orang tua. Demi mencapai
keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat
hati mereka itu terlaksana dengan jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan
tenaga bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan
ibu bapa menyayangi anak mereka dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang
penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih sayang semata-mata tidak mungkin akan
dapat menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha
lain harus ditimbal balik dan diambil kira.
Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar “seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan”. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; “ suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat sedari umurnya tujuh tahun”. Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang diangan-angankan oleh ibu bapa akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti menjadi nyata.
Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain “tarik tali’ dengan anak-anak. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi, perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.
“Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya terlebih dahulu”. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari anak-anak. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka.
Tun Dr Mahathir pernah berkata, “banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah”. Oleh yang demikian langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. “Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak”, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran. Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas segala tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut “usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tidak mungkin digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki”.
Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk melakukan apa-apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan “kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang tandus”. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana “anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa”. Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anak-anak.
Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka supaya menjadi insan berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata, “anak-anak ibarat simen basah, sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi kesan”. Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam usaha melahirkan model insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu diambil dan segala emosi yang membungkam jauh dalam sanubari perlu ditolak ke tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk melaksanakannya. Jauhkan emosi untuk meningkatkan prestasi.

SETIAP AHLI KELUARGA MEMAINKAN PERANAN PENTING KE ARAH
MELAHIRKAN GAYA HIDUP SIHAT.
JELASKAN
PERANAN IBU BAPA DALAM USAHA MEMUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT.
Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan pelbagai
risiko penyakit pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia
mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap
rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil
lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan
senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko
obesiti serta penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing
manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat.
Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa
yang melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat
dalam kalangan anak-anak mereka?
Sudah terang lagi bersuluh peri pentingnya peranan ibu bapa dalam memupuk
amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Peranan utama ibu bapa dalam
memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka adalah
dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan
yang seimbang bermaksud pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan
dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral,
lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang
berzat serta bernutrien kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan
untuk makan di rumah kerana makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di
sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan penuh minyak. Jika tabiat
yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga
pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu mengurangkan
pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana minuman sebegini tidak
memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang berlebihan.
Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang
asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan
seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu
bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama
anak-anak. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan
antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam
mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu
melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak
mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti
senaman perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan tiga kali
seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik,
berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan
ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada
waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam
dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan
mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa perlulah
melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya
hidup sihat dapat dipupuk.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup
sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan
kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun.
Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit
ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan
teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih
baik dan mampu menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu
bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa
mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapat ubat serta pengesahan
tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan
anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan.
Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk
amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka
mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka
terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi,
mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan
amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka
juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas
kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan
dengan baik agar tidak dihinggapi lalat mahupun memilih gerai atau tempat
makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam
menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan
sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak agar dapat
membentuk gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa kelak.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu
bapa juga seyogia mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga
kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan
amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit.
Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-royong di rumah
setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama ahli keluarga.
Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di taman
perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran
mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan
agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya.
Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu
bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar.
Dengan cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri
anak-anak mereka sekali gus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada
pelbagai penyakit.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu.
Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang
lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka
bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan
masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan
efektif. Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang
mesra bersama-sama anak-anak atau jiran tetangga. Hubungan baik yang
berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan
menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi
bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini Peranan ibu bapa mengamalkan
cara berkomunikasi berkesan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran
tetangga serta mengamalkan ibadat mengikut agama masing-masing akan
memberi impak psikologi yang positif.
Pada masa yang sama memiliki sikap atau mentaliti positif penting
untuk menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif
menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya
dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama
tekanan di pejabat, kekangan di tempat kerja memerlukan satu persepsi positif
daripada ahli masyarakat kita. Para ibu bapa perlu bijak menghadapi tekanan
hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun
rakan-rakan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami
boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif seperti mendera,
menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin
positif minda ibu bapa itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang
mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang baik
dan pesanan yang sering merangsang anak-anak ke arah positif menangani cabaran
merupakan asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.
Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa
perlulah membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara,
jiran tetangga ataupun rakan-rakan. Hari ini kita sihat, tetapi bagaimana pula
dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya
anak-anak mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya
membuang masa dan merugikan diri kerana perkara ini adalah sesuatu amalan yang
mulia. Apabila kita menziarahi orang yang sakit, secara tidak langsung
kehadiran kita dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi
kekuatan kepada diri pesakit itu untuk melawan kesakitan yang ditanggung.
Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak melahirkan rasa
simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak akan
bersyukur atas kurniaan sebuah badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan
bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan
dapat mengurangkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan bahawa
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi
orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup
yang sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan
agar anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak
juga perlu direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula
organ-organ dalam badan mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia remaja,
mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan
selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas
tengah malam walaupun keesokan merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka
tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan,
pelajaran anak-anak juga diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam
peperiksaan semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu
bapa adalah menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan
mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup
sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.
Jika
mendaki menuju ke puncaknya, jika berbicara menuju ke noktahnya. Kemelut yang
bersangkut isu peranan ibu bapa telah dikupas dengan mendalam. Berdasarkan
perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak.
Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara
ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas
perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang
bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat
Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti kencing
manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan
dalam jangka masa yang panjang ini. Dengan kata lain, segala kelemahan
perlu ditangani sebelum padi di sawah menjadi lalang, sebelum ayam di reban
disambar helang. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita
laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang sihat bak kata
pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
PERANAN
SAYA DALAM MEMANFAATKAN FAEDAH LAMAN SOSIAL.
Pada era perindustrian yang serba mencabar akal dan minda kita, isu berkaitan laman sosial sering dipolemikkan di warung-warung kopi mahupun di parlimen. Laman sosial menjadi wahana penting dalam kehidupan seharian mereka memandangkan masyarakat yang tua mahupun yang muda tertarik dengan laman sesawang ini. Perumpamaan hubungan manusia dengan laman sosial bagaikan lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan. Begitulah sebahagian lirik lagu yang pernah dipopularkan oleh P. Ramlee suatu ketika dahulu. Tambahan pula, dalam dunia yang dilingkari sains dan teknologi, laman sosial makin menjadi kegilaan masyarakat kini terutamanya remaja sehingga sanggup menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer semata-mata untuk melayari laman sosial. Antara laman sosial yang sering menjadi pilihan pengguna di internet ialah ’Facebook’ , ’Wechat’ , ’Line’ , ’Instagram’ dan sebagainya. Manakala laman sosial ’Facebook’ merupakan laman sosial yang mendapat tempat di hati masyarakat kini. Statistik yang sahih menunjukkan bahawa terdapat 1.5 juta orang yang melayari ’Facebook’ dalam sehari. Oleh hal yang demikian, peranan saya dalam memastikan laman sosial memberikan pelbagai faedah kepada saya yang menjadi fokus perbincangan saya pada hari ini akan dihuraikan dan dikupaskan secara terperinci demi kebaikan kita bersama.
Sebagai pembuka mukadimah pembicara, saya ingin melontarkan peranan saya
dalam memastikan laman sosial tersebut memberikan pelbagai faedah kepada saya.
Namun begitu, apakah yang hendak saya lakukan untuk memastikan saya
memperoleh kebaikan bukannya keburukan semasa melayari laman sosial?
Dalam meninjau ranjau dunia yang serba rencam ini, pelbagai jenayah
sosial telah meningkat dari hari ke hari akibat ketiadaan kawalan di laman
sosial di samping dek iman yang tidak mantap. Oleh hal yang demikian, saya memanfaatkan
laman sosial ini dengan mencari bahan-bahan bacaan yang saya perlukan sahaja.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa laman sosial merupakan sumber hebahan yang
terkini dan tercepat. Melalui laman sosial, saya dapat mengetahui
perkembangan dari luar negara dan perkembangan isu-isu mutakhir yang menjadi
tajuk utama akhbar harian di negara kita, Malaysia. Tidaklah saya menjadi
seperti katak di bawah tempurung. Laman sosial merupakan wadah yang terpenting
untuk mendedahkan kita dengan isu-isu semasa termasuklah isu politik, sosial
dan ekonomi. Sebagai pelajar yang dahaga akan ilmu pengetahuan dan pelajar yang
bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), saya dapat menambah ilmu
pengetahuan saya melalui penggunaan laman sosial. Sebagai analoginya, saya dapat
mengakses sumber bacaan daripada laman sosial. Selain itu, saya tidak perlu ke
perpustakaan untuk mencari maklumat. Bahan bacaan di laman sosial merangkumi
ilmu pengetahuan yang tidak dapat dicari di dalam sillibus sekolah. Oleh hal
yang demikian, laman sosial merupakan saluran utama saya memperoleh ilmu
pengetahuan di luar bilik darjah dalam menjalani kehidupan saya sebagai seorang
yang dahagakan ilmu pengetahuan.
Pada realitinya, laman sosial merupakan platform penting dalam kehidupan
seharian kita memandangkan laman sosial memberikan kesan yang mendalam dan
mempengaruhi corak kehidupan kita. Melalui laman sosial, saya dapat
berkenalan dengan kawan-kawan di alam mayatanpa dibatasi oleh
sempadan negara, agama, dan bangsa. Saya dapat memahami dan mengetahui
budaya masyarakat luar dengan hanya satu klik sahaja. Rentetan daripada situasi
tersebut, semangat perpaduan dan semangat cinta akan negara dapat
disuntik dalam diri saya. Persefahaman antara kaum juga dapat dipupuk dalam
diri kita. Melalui penggunaan laman sosial, saya dapat bertukar-tukar
pendapat dan berkongsi pengalaman saya dengan rakan tersebut. Contoh yang
paling dekat ialah saya dapat memuatkan foto-foto apabila menghadiri
sesuatu majlis yang melibatkan pelbagai kaum. Dengan ini, rakan saya dapat
memahami budaya di negara saya. Adat istiadat dan pantang larang ini
masih diamalkan oleh semua lapisan masyarakat seperti orang Melayu, Cina dan
India, bak mutiara kata tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Bagi mereka,
biar mati anak, jangan mati adat. Orang Melayu terkenal dengan baju
kurung, manakala orang Cina dan orang India termashyur dengan Ceongsam dan
Sari. Namun begitu, kita hendaklah berhati-hati semasa berkenalan. Hal ini
demikian kerana kita mungkin akan tertipu oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab untuk memaklumkan butir-butir peribadi sendiri dan kata
laluan. Sebagai contoh, saya tidak bersua muka dengan kenalan di alam maya
untuk menjaga keselamatan sendiri. Terdapat segelintir masyarakat terutamanya
remaja perempuan berjanji dengan kenalan di internet untuk berjumpa di sesuatu
tempat. Hal ini memberikan peluang keemasan kepada penjenayah untuk melakukan
gejala sosial seperti rogol.
Semakin menjelang ambang 2020, titik permulaan ini menandakan permulaan
untuk kesusahan dan cabaran yang bakal menghambat kehidupan manusia. Semua
lapisan masyarakat terutama golongan remaja tidak mahu ketinggalan dalam
mengikuti kemajuan sains dan teknologi yang terkini. Namun begitu, kita
seharusnya memanfaatkan laman sosial. Bertitik tolak daripada itu, saya perlu
menjadi model dengan memanfaatkan laman sosial. Laman sosial
merupakan medan dan ruang untuk saya berhubung dengan rakan sekelas dan
saudara mara agar hubungan silaturahim dapat dieratkan bagai isi dengan
kuku. Laman sosial membolehkan saya dan rakan sekelas mahupun saudara mara
menjalinkan hubungan semula yang telah terputus. Saya dapat mengetahui
perkembangan terbaru tentang kawan saya melalui laman sosial. Saya dapat
mengimbas kembali peristiwa pahit, manis, masin dan tawar yang pernah saya
lalui bersama dengan rakan saya dan saudara mara. Sebagai contoh, saya boleh
menggunakan ’skype’ untuk berhubung dengan saudara mara yang tinggal berjauhan.
Seterusnya, saya dapat bertanya khabar dan bersembang dengan mereka. Namun, di
sebalik keghairahan mengaplikasikan kelebihan yang ada pada ruang maya ini,
laman sosial juga mengandungi budaya kuning dari barat yang bertentangan dengan
nilai-nilai ketimuran budaya masyarakat kita. Oleh hal yang demikian, saya akan
memastikan diri agar tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif di laman
sosial dengan berpegang teguh pada nilai-nilai agama dan budaya timur yang
disanjung tinggi ini. Bahan-bahan tersebut boleh diakseskan oleh sesiapa sahaja
tanpa sebarang halangan jika tiada iman di dada. Jika perkara ini dibiarkan,
gejala sosial seperti gengterisme dan hedonisme akan menular dalam pemikiran
remaja. Perkara inilah yang akan saya cuba elak sejauh-jauhnya.
Sebagai konklusi bagi segala yang
telah diperkatakan di atas, kita seharusnya memanfaatkan penggunaan laman
sosial agar tidak terpengaruh oleh unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan
agama dan budaya timur masyarakat Malaysia. Oleh itu, kita perlulah
bertindak secara rasional dan matang tanpa mudah mengikut rentak kemajuan ICT
yang begitu kuat mengoda jiwa insani yang leka. Kita seharusnya
menyeimbangkan masa dalam melayari laman sosial supaya tidak mudah alpa dengan
keasyikan yang ada pada laman sosial. Kita seharusnya pandai menguruskan masa
dan tidak terpedaya dengan kata-kata manis kenalan baru supaya tidak mudah
dieksplotasikan untuk kepentingan diri mereka. Laman sosial akan terus menjadi
populariti masyarakat kini. Kita tidak boleh mengekang kemajuan ICT yang kian
menular di seluruh dunia, tetapi dengan menggunakan minda yang dianugerahi
Tuhan ini, kita mampu melakukan anjakan paradigma untuk memastikan
kebaikan sentiasa menyebelahi kita. Lantaran itu, amalan penggunaan laman
sosial ke arah kebaikan perlu disuntikkan dalam sanubari setiap rakyat di
Malaysia. Marilah kita bekerjasama memanfaatkan laman sosial ini, umpama aur
dengan tebing dan ibarat ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni
demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 dalam melahirkan masyarakat yang
peka dan celik ICT.
Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai
budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis.
Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.[ 100 markah ]
Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.[ 100 markah ]
Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa tak basah dek hujan,
tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu
dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia,
terutamanya golongan muda-mudi. Yang berlaku sekarang, kemasukan budaya asing
sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Budaya “punk” dan “gotic” umpamanya menerapkan unsur
bawah tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yang bertunjangkan
keghairahan melalui penggunaan pil khayal dan dadah. Fenomena ini
melunturkan semangat menghargai warisan bangsa.Tepuk dada, tanya selera; berapa
ramaikah yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan yang muda
masih bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh
hal yang demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting
untukmengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya
tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita.
Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Hal ini bertepatan sekali dengan peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing? Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kita harus menghargai warisan rakyat Malaysia sebelum warisan ini diapresiasi oleh orang asing.
Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur. Selain itu, kita diajar tidak memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga. Oleh itu, janganlah kita menconteng arang di muka ibu bapa kita.
Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang perlu dipertahankan ialah busana. Pakaian tradisional kita melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil tangan masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti saya sewajarkan memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya. Remaja seperti saya wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional. Mahukah kita melihat dengan bangganya busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia. Kita harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan oleh ibu bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan hidup manusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang terdahulu banyak membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaann makanan tradisional. Jika kitamembuat anjakan paradigma ini, nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuhsilaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.
Peribahasa “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya” juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia. Pada masa lapang, kita bolehlah membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau. Aktiviti seperti ini mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Janganlah kita berasa malu untuk menerima warisan yang sebenarnya milik kita bersama. Walaupun pemikiran orang terdahulu sanggup mempertahankan prinsip biar mati anak, jangan mati adat; golongan zaman ini boleh memperbaik keadaan dengan menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka.
Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Oleh hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyat Malaysia yang semakin serius haruslah diselamatkan daripada terus melunturkan sinar dan kekilatan warisan kita. Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

SUNGAI
MERUPAKAN ANUGERAH TUHAN YANG AMAT BERNILAI DAN PERLU DIJAGA DENGAN BAIK OLEH
MANUSIA.
JELASKAN PENDAPAT ANDA TENTANG SEBAB-SEBAB SUNGAI TERCEMAR DAN KEPENTINGAN SUNGAI DALAM KEHIDUPAN.[ 100 MARKAH ]
JELASKAN PENDAPAT ANDA TENTANG SEBAB-SEBAB SUNGAI TERCEMAR DAN KEPENTINGAN SUNGAI DALAM KEHIDUPAN.[ 100 MARKAH ]
“Beribu-ribu ekor ikan terapung-apung di
permukaan sungai” “
“sungai di Pahang telah teruk dicemar”.
“sungai di Pahang telah teruk dicemar”.
Begitulah
tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada
akhbar-akhbar tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja
menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga
sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan persidangan utama
dunia.Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti
dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu
pancemaran sungai sudah menjadi berita basi.Kerajaan pernah mengadakan
kempen-kempen seperti “Cintailah Sungai Kita” tetapi mendapat sambutan yang
dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun isu ini hangat
diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,
pernahkah terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan “pencemaran
sungai”? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat,
“pencemaran sungai” dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan
sungai yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi
ini pasti ada sebab-sebab yang munasabahnya kerana kalau angin tidak
bertiup, masakan pokok bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang
kepada pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.
Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah
pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan
oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa
sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Fenomena ini boleh dikatakan
telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi
ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang
besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada
tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam
sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Mereka malas untuk membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang
sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh
sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah
sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu
menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai
bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai.
Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik
daripada kilang-kilang ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut
akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai
yang rendah amat berbahaya kepada manusia dan kehidupan akuatik. Hal ini
dikatakan demikian kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang pH rendah,
kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi
ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti kehidupan
akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah
sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan
kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilang-kilang
besar. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke
dalam sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain
mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya.
Sikap sebegini yang mementingkan dirisendiri ibagai enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis demi kepentingan bersama.
Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal
sebegini telah lama berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan
berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah
bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di
permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan tumbesaran bagi
tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana
minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan
tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran
tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan
makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia, masalah tumpahan minyak
ini tidak pernah berlaku dalam negara tersebut kerana mereka mempunyai kapal
yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali.
Apakah
kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan bahawa
sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita.
Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya
sebagai medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah
dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur
dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan
yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan
menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara
kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga
pengangkutan air. Hal ini dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi
kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan menjadi bumi
Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengannegara
gergasi yang lain di persada dunia.
Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan
protein kepada manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya
datang dari air sungai. Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut
perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan memakan kos
seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat
hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah
datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan
udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam
ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari “sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”. Peribahasa ini mengingatkan manusia
supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan akuatik dan
merupakan anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan
kitapada hari esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya.
Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat “ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni” untuk mengatasi kemelut pencemaran
air yang dapat diibaratkan seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan
negara. Janganlah kita membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara
kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan
bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang
merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan diri
daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena “sudah
terhantuk baru tengadah”. Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan
visi kudsi wawasan 2020. ‘Cintailah Sungai Kita’.
LANGKAH
MEMAJUKAN PELANCONGAN NEGARA
Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan
negara yang penting. "Pendapatan indsutri pelancongan mencatatkan
peningkatan 7.2 peratus dengan nilai RM103.3 bilion pada tahun 2013 dalam
menjana ekonomi Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin. Hal ini menunjukkan peningkatan ekonomi yang memberangsangkan yang
dibawa masuk melalui industri pelancongan. Kerajaan telah menggerakkan semua
agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan
pembanguna negara yang pantas. Namun begitu, insiden yang menimpa negara
baru-baru ini dengan kejadian misteri iaitu kehilangan pesawat Malaysian
Airlines Systems (MAS) MH371 dari China dan MH17 yang ditembak lalu terhempas
di Ukraine sedikit sebanyak boleh menjejaskan industri pelancongan negara.
Kebanyakan pelancong berasa terancam untuk datang ke Malaysia apatah lagi tahun
2014 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu, semua pihak
haruslah megatur langkah yang lebih proaktif dan pragmatik untuk memastikan
industri pelancongan negara kita terus rancak dengan kunjungan para pelancong
sama ada dari dalam negara atau dari luar negara untuk memastikan semua pihak
mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Persoalan yang bermain-main
di gawang minda kita ialah apakah langkah-langkah yang pragmatik yang dapat
dipraktikkan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita?
Uslub
yang perdana yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk
pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara. Produk
pelancongan negara perlu diperbanyak supaya para pengunjung dapat menikmati
sesuatu yang baharu dan unik di negara kita. Banyak produk pelancongan yang
wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan
masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain
itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan
seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan
musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya.
Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati
pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu
yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk
memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan
kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk
tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka.
Dengan ini, para pengunjung dapat menimba pelbagai ilmu yang baharu dan mereka
tidak akan pulang dengan tangan yang kosong tanpa ilmu di dada. Benarlah kata
orang tua-tua, “jauh perjalanan, luas pengalaman”. Jadi, usaha kerajaan
memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.
Selain
itu, pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh
pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk
memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini,
banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik
di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai
kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan
yang kompetetif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah
diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh
seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh, karnival wajar
diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia
dan menghebahkan kehebatan negara kita bak kata pepatah, tak kenal maka
tak cinta. Secara implisitnya, bilangan pelancong ke negara kita akan semakin
meningkat. Tegasnya, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan
langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi
pelancongan yang menarik.
Meninjau
skop yang lebih luas lagi, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan
pelbagai acara antarabangsa dengan lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa
wajar dilobi agar diadakan di negara ini untuk menjadi tarikan kepada para
pengunjung. Sebagai contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa seperti
Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, pameran Maritim dan
Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba
Basikal Tour de Langkawi dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat
perhatian peminat antarabangsa. Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi
tuan rumah kepada beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia
yang diadakan di Sarawak setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan
acara antarabangsa seperti ini memang terbukti kejayaannya, bak kata
pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara
lain di dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan
dijadikan acara tahunan. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang
dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan
meluas. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan meningkat.
Mereka bukan sahaja datang untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang
dianjurkan, malahan untuk melawat tempat-tempat menarik di negara kita
berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara
ini, kita dapat mengekalkan pulangan yang diperoleh danpada kedatangan
pelancong ke negara kita. Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat
meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.
Seperkara
lagi, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan
negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Malaysia Malaysia dengan
lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia
ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih
besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan
pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya,
pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong.
Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun
Melawat Malaysia ini. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul
tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang
kompetetif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Program seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat
mengetahui keindahan negara kita Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan
syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen
ini. Hal ini sekali gus akan mendorong para pelancong untuk melancong dan
berehat di sini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan
sektor pelancongan di negara kita..
Uslub
dan minhaj yang lain ialah menghapuskan atau mengurangkan cukai belian
barangan di negara ini. Berdasarkan rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia
(TDC), pelancong asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk menikmati
keindahan alam semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-belah. Mereka
ingin menjadikan percutian di Malaysia sebagai serampang dua mata. Oleh
itu, pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan
di negara ini. Namun begitu, kualiti barangan yang dijual haruslah terpelihara
supaya para pelancong berasa puas hati ketika membeli-belah di negara kita dan
janganlah indah khabar dari rupa. Selain itu, peraturan-peraturan
imigresen perlu dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat melancong ke negara
ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang asing perlu ditambah dan
disediakan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di hotel, pusat pelancongan
dan pekan-pekan kecil. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para pelancong
akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia. Izharlah bahawa penghapusan dan
pengurangan cukai belian barangan dapat merancakkan industri pelancongan negara
.
Jika
ditinjau dari sudut yang lain, langkah-langkah keselamatan juga perlu
diambil bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada
di negara kita. Faktor kawalan keselamatan yang terjamin di sesuatu
destinasi pelancongan sering menjadi kayu pengukur untuk mereka datang ke
destinasi pelancongan yang menjadi pilihan di hati mereka. Kita tidak
seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan
ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu
ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong.
Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan
tipu harus ditangani secepat mungkin. Ini perlu dilakukan agar pelancong asing
terus berkunjung ke negara ini. Bilangan keanggotaan pasukan keselamatan perlu
ditambah supaya rondaan dapat dilakukan dengan lebih kerap di kawasan tumpuan
pelancong. Sehubungan dengan itu, pelancong dapat melancong di negara kita
dengan lebih selesa dan sekali gus imej negara terpelihara di mata dunia.
Pendek kata, kawalan keselamatan yang baik mampu meningkatkan industri
pelancongan negara.
Akhir
kalam, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat
pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan
sektor pelancongan di negara kita. Memang diakui pelancongan merupakan
suatu industri yang cukup berpotensi dan begitu menguntungkan. Oleh itu,
usaha memajukan industri pelancongan bukanlah terletak atas pundak pihak
berkuasa semata-mata kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Semua
pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu
kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak
kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya.
Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini
akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancongan
tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan daripadasemua pihak
yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan
yang terkenal di dunia. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Mantan
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, industri pelancongan di dalam negara
boleh berkembang setanding dengan destinasi pelancongan di luar negara seperti
Pulau Bali, Disneyland dan lain-lain sekiranya usaha memperkenalkan Malaysia
dilakukan secara giat malah disokong oleh rakyat jelata. Biarlah pepohon
terus bergoyang, biarlah mentari terus bersinar dan biarlah industri
pelancongan negara kita terus meniti dari bibir ke bibir umat manusia di
seantero dunia demi menjana pendapatan yang lebih lumayan untuk kemaslahatan bersama.
KELEBIHAN-KELEBIHAN
PENGANGKUTAN AWAM
Era
pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda
telah menyumbang kepada faktor perubahan sistem pengangkutan awam secara
drastik. Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, pengangkutan awam
dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan
kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar
tambang yang telah ditetapkan. Pada zaman yang serba canggih ini, sistem
pengangkutan moden kian mempengaruhi kehidupan masyarakat. Berdasarkan
perangkaan terkini yang diperoleh, didapati bahawa kenderaan awam tidak terhad
dalam sistem perhubungan di darat malah di udara juga di laut. Apakah
kepentingan pengangkutan awam kepada pengguna dan persekitaran negara kita?
Antara tamsilan pengangkutan awam yang selalu digunakan oleh pengguna
ialah bas, teksi, LRT, monorel dan kapal terbang. Umum mengetahui bahawa
bas awam merupakan kemudahan awam yang paling meluas digunakan di seluruh negara
termasuklah di bandar dan di kawasan pedalaman. Oleh itu,
kelebihan-kelebihan pengangkutan awam yang mewarnai fokus perbincangan akan
dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada semua. Bertitik tolak daripada itu, dengan menggunakan pengangkutan awam sebenarnya dapat menjimatkan masa seseorang untuk sampai ke sesuatu destinasi seterusnya dapat menjimatkan kos perjalanan. Sebagai contohnya, jika dahulu perjalanan ke Ipoh dengan memandu kereta mungkin memakan masa hingga tiga jam dan kadangkala meletihkan kerana terpaksa menempuh kesesakan yang tidak diduga sepanjang perjalanan. Namun, pada hari ini anda boleh menikmati kopi panas dan membaca buku kegemaran anda dengan menaiki kereta api elektrik (ETS) yang hanya mengambil masa dua jam lima minit sahaja perjalanan pada kadar tambang yang berpatutan. Sudah jelas di sini bahawa penggunaan ETS dapat menjimatkan masa seseorang lebih kurang 50 minit berbanding penggunaan kereta persendirian. Impaknya, pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan dengan tambang yang berpatutan seperti juga pengangkutan awam yang lain iaitu LRT (Light Rail Transit) dan MRT(Mass Rail Transit) yang menjadi pilihan ramai terutamanya golongan pertengahan di kawasan bandar. Malahan kita boleh pergi ke mana-mana destinasi tanpa perlu memikirkan kos petrol yang semakin meningkat dan pengguna tidak perlu memikirkan bayaran tol serta bayaran tempat meletak kenderaan. Seterusnya, kos yang dapat dijimatkan itu boleh digunakan untuk membeli barang keperluan yang lebih penting. Peribahasa yang bertepatan dengan situasi di atas ialah Ingat Sementara Belum Kena, Jimat Sebelum Habis dan Masa Itu Ibarat Emas. Sudah Terang Lagi Bersuluh, pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan seseorang.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat perlu menggunakan pengangkutan awam agardapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Perkhidmatan bas telah lama menerima persepsi negatif umum sebagai pengangkutan bagi golongan miskin. Perkhidmatan bas semasa tidak mampu menandingi kelajuan, keupayaan dan kekerapan perkhidmatan rel yang tinggi kerana bas perlu meredah kesesakan lalu lintas bersama-sama ribuan kenderaan lain. Bagi mengatasi masalah ini, tiga usaha utama merentasi 12 koridor menuju ke bandar utama iaitu Bus Expressway Transit (BET), Bus Rapid Transit (BRT), dan Lorong Bas telah disediakan. Perkhidmatan BET akan dilancarkan di empat lebuh raya di Lembah Klang yang tidak digunakan sepenuhnya. Pengguna akan menikmati pengurangan kesesakan lalu lintas daripada perkhidmatan ini kerana pengangkutan awam ini mempunyai jumlah hentian yang terhad dan laluan khas di kawasan tol bagi melancarkan perjalanan. Selain itu, pengguna yang mengutamakan perkhidmatan pengangkutan awam dan tidak mementingkan diri sendiri, Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Kekurangan kenderaan persendirian di jalan raya secara langsungnya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kronik. Secara implisitnya, kadar kemalangan dapat dikurangkan sekali gus. Dengan ini, diharapkan masyarakat sedar akan kelebihan pengangkutan awam yang dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Pengangkutan Awam sebenarnya mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan pembinaan bandar lestari atau bandar hijau malah mengurangkan pencemaran alam. Mahu atau tidak, pengangkutan awam akan menjadi nadi penting dalam memperkasakan bandar yang bersih atau mampu mengurangkan karbon atau gas beracun di kawasan bandar. Kawasan bandar yang kurang kenderaan persendirian bermaksud akan bertambah kurangnya karbon dilepaskan. Tambahan pula, LRT, MRT dan Monorel digerakkan menggunakan tenaga elektrik. Pembinaan pengangkutan awam yang efisyen membolehkan bandar raya dibangunkan dengan sempurna. Kajian masa depan perlu dilakukan untuk memikirkan kesesakan bandaraya pada masa akan datang. Walaupun adanya bandar satelit yang membantu mengurangkan kesesakan bandar utama, perancangan pengangkutan awam yang sempurna perlu difikirkan. Kenderaan bermotor yang padat di kawasan bandar menyumbang kepada pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Dari satu segi, fenomena ini menunjukkan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Manakala dari sisi alam sekitar pula, hal ini menunjukkan kemerosotan alam sekitar. Keadaan yang bercanggah inilah yang sepatutnya diselarikan supaya kenderaan bermotor bukan sahaja boleh digunakan sebagai petunjuk kemajuan ekonomi negara, bahkan turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Bagaimanakah kedua-duanya dapat diselarikan? Jawapannya adalah dengan memperkenalkan ‘Sistem Pengangkutan Hijau’ yakni satu sistem pengangkutan awam yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang berkualiti iaitu cepat, cekap dan selesa bahkan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sekiranya sistem pengangkutan hijau berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya di kawasan bandar tanpa gangguan daripada kenderaan persendirian dan motosikal sudah pasti matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di bandar akan tercapai. Hal ini kerana gangguan dari segi tekanan, ketidakselesaan, kerumitan, kelewatan jadual perjalanan, kesesakan lalu lintas telah berjaya diatasi. Keselesaan dan kesejahteraan penduduk dalam berinteraksi di jalan raya juga merupakan sumbangan kepada peningkatan kualiti hidup penduduk. Izharlah bahawa sistem pengangkutan awam yang moden di negara kita mampu melestarikan alam sekitar seterusnya pencemaran udara tidak akan menjadi masalah lagi.
Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan pengangkutan awam moden dapat memudahkan perjalanan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan kapal terbang sebagai pengangkutan utama bagi masyarakat Islam yang ingin menunaikan haji. Penggunaan kapal terbang dapat mempercepat perjalanan di samping memudahkan jemaah haji yang ingin menunaikan tuntutan rukun Islam yang kelima. Jika dibandingkan pada tahun 1950-an, jemaah haji yang menunaikan haji akan mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk sampai ke destinasinya. Hal ini amat menyusahkan, berbanding sekarang hanya 8 jam sahaja, seseorang itu telah sampai ke Mekah. Situasi ini jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan awam moden telah memudahkan perjalanan bagi jarak yang amat jauh melangkaui sempadan antarabangsa. Selain itu, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), komuter, monorel dan KLIA Ekspress telah terbukti dapat memudahkan perjalanan kerana bebas daripada kesesakan lalu lintas. Hal ini disebabkan pengangkutan awam ini mempunyai laluan atau rel yang tersendiri. Selain itu, keistimewaan pengangkutan awam ini juga memudahkan perjalanan kerana mempunyai jadual perjalanan yang telah ditetapkan. Sekali gus, orang ramai dapat merancang perjalanan mereka dan membuat persediaan awal seperti peribahasa Sediakan Payung Sebelum Hujan. Tegasnya, perjalanan akan menjadi lebih mudah bagi pengguna apabila pengangkutan awam ini tidak dipinggirkan.
Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya maka sebagai akhirulkalam, pengangkutan awam banyak mendatangkan manfaat dalam memudahkan manusia menjalani urusan seharian. Semua lapisan masyarakat Malaysia digalakkan menggunakan pengangkutan awam. Sekiranya langkah yang drastik dan efektif ini tidak diikuti, sudah tentu banyak masalah akan timbul dalam kehidupan kita di bumi yang fana ini. Jika dikaji sehingga ke akar umbi, masalah ini berpunca daripada asap kenderaan. Oleh itu, pihak kerajaan juga hendaklah memainkan peranan yang vital dengan menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia agar setanding dengan negara-negara gergasi yang lain bak peribahasaBerdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah. Oleh hal yang demikian, anggota masyarakat perlu menyokong langkah kerajaan yang berstrategi serampang dua mata bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Sesungguhnya, kemajuan dalam pengangkutan awam yang disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan insan seiring dalam memenuhi aspirasi negara menjelang pencapaian Wawasan 2020.

USAHA MENGEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL
Dalam
era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal ini terjadi
kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer,
dan sebagainya berleluasa di pasaran. Mungkin ramai orang tidak tahu bahawa
permainan tradisional membawa banyak kebaikan jika permainan ini dipraktikkan
oleh generasi muda hari ini. Permainan tradisional bukan sahaja memberi
hiburan, malah ia memberi manfaat terhadap kecerdasan rohani dan jasmani
sewaktu bermain, terutama di luar rumah. Oleh itu, usaha-usaha tertentu
perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini, terutamanya kepada generasi
muda.
Usaha
bagi mengekalkan permainan tradisional adalah peranan sekolah agar mengadakan
kegiatan kokurikulum yang berkaitan permainan tradisional. Contoh permainan
tradisional ialah permainan congkak, mencipta wau sobek atau bermain sepak
raga. Bukan sahaja mengadakan pertandingan, tetapi langkah mewajibkan
permainan ini di sekolah turut mampu memupuk minat dalam jiwa remaja kita.
Tindakan ini bertujuan memastikan semua pelajar di sekolah akan menyertai satu
permainan tradisional sebagai aktiviti kokurikulum mereka. Hal ini
demikian kerana jiwa para pelajar yang ingin mencuba perkara baru akan tertarik
perhatiannya untuk menyertai kegiatan kokurikulum berdasarkan permainan
tradisional ini kerana mereka kurang terdedah dengan permainan-permainan
tersebut. Dengan ini, generasi muda terutamanya pelajar sekolah dapat mengenal
permainan tradisional dan boleh mengetahui cara-cara bermain permainan ini.
Oleh itu, tindakan mengadakan kegiatan kokurikulum berdasarkan permainan
tradisional di sekolah berupaya mengekalkan kewujudan permainan ini pada saat
masa yang panjang.
Selain
itu, usaha yang dapat dilakukan adalah peranan pihak Kementerian Kesenian,
Kebudayaan, dan Warisan agar mengadakan pesta permainan tradisional di
peringkat negeri atau kebangsaan serta memberi sijil penghargaan kepada sesiapa
yang menyertainya. Hal ini dapat menarik perhatian para pelajar sekolah untuk
menyertai pesta tersebut dengan ganjaran sijil penghargaan yang sedikit
sebanyak dapat membantu mereka dalam melanjutkan pelajaran. Langkah ini
berupaya untuk mencungkil bakat-bakat baru yang pada masa yang sama
menggalakkan remaja meminati permainan ini. Dengan memperluas permainan
tradisional hingga ke peringkat angtarabangsa seperti permainan wau dan
permainan sepak raga juga membantu dalam mengekalkan kewujudan permainan
tradisional. Usaha memperkenalkan kepada para pelancong melalui program
pelancongan “tak kenal maka tak cinta” dapat menjadikan permainan tradisional
berada dalam taraf angtarabangsa. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan pihak
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan amat penting dalam mengekalkan
kewujudan permainan tradisional.
Di
samping itu, kerajaan juga perlu membina lebih banyak kemudahan untuk
permainan tradisional. Pembinaan kawasan padang dan gelanggang khas membolehkan
lebih banyak rakyat negara ini turut melibatkan diri dalam permainan
tradisional yang memberi banyak kesan positif kepada rakyat Malaysia seperti
manyatupadukan dan mengeratkan silaturahim sesama masyarakat. Suasana yang
meriah sebegini pasti memberikan impak positif kepada masyarakat. Mereka
melihat permainan ini sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupan harian
mereka.. Sesungguhnya, lebih banyak kawasan khas permainan ini disediakan
semakin bertambahlah minat masyarakat kita untuk bermain permainan tradisional.
Malah, satu kempen yang terancang tentang permainan ini perlu diadakan oleh
pihak berkuasa. Dalam kempen itu dipamerkan kepentingan permainan tradisional
dibekalkan bersama-sama dengan sejarah permainan, tokoh dan sebagainya. Semua
informasi ini memberikan satu pengetahuan baru kepada masyarakat yang mungkin
boleh menimbulkan minat dan penghargaan mereka terhadap permainan tradisional.
Akhir
sekali, berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh
memajukan permainan tradisional dengan turut menyediakan jurulatih yang
terlatih dan mahir di setiap gelanggang yang telah disediakan itu. Dengan
adanya jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang
betul tentang sesuatu permainan tradisional itu dan berupaya
mengajarkan pengetahuan mereka itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini
memastikan berlakunya kesinambungan dalam memainkan permainan tradisional yang
semakin dilupakan kerana tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan
tersebut. Jelaslah, permainan tradisonal ini akan terus dimainkan jika ada
jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita. Peranan media massa
dalam menyiarkan program yang memaparkan permainan tradisional dan sukaneka
berteraskan permainan tradisional seperti program ‘telematch’ yang disiarkan
oleh media massa Eropah juga menjadi satu langkah efektif untuk menjadikan
permainan tradisional mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutamanya
generasi muda.
Kesimpulannya,
dalam usaha untuk mengekalkan permainan tradisional, pihak yang berkenaan
haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk memperkembangkan dan memajukannya.
Hal ini demikian kerana permainan tradisional membawa banyak kebaikan kepada
masyarakat dan negara. Dalam bidang pelancongan misalnya permainan tradisional
dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Khazanah permainan tradisional,
sekiranya tidak dikekalkan akan melenyapkan identiti bangsa.
USAHA-USAHA
UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI NEGARA KITA
Semangat
patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini
seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak
menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam
hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari
wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak
menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari
kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia
ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap
agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya
terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya
adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat
patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat
patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur
buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk
sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan
dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan
perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Cara lain yang
boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan
penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan
di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid
akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut
dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu
akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan
seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat
patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas
mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian
tinggi.
Pihak yang
bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara
besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan
semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh
itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti
televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen
dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan
semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan
filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan
semangat cinta akan negara.
Agensi-agensi
kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang
bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh
dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti
seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung
perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen
juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput
tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang
memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan
sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan
antara kaum di negara kita.
Semangat
patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa,
agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi
pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para
pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai
kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang
kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini
penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan
dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh
semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan
dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
Oleh hal yang
demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan
sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan
menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.
Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan
pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah
mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati
diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan
masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam
kalangan masyarakat.
KEPENTINGAN PERPADUAN
Umum mengetahui bahawa
Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri
daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula
ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia
sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang
pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila
semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan
mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah
dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu,
setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek
perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam hal ini, perpaduan
kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik
dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur
pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara
sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin
Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan
ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena
global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada
pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah
Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang
ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak
kata pepatah Melayu’ pucuk dicta, ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan
faedah kepada Malaysia.
Seperkara lagi, perpaduan
kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri
daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri
daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam,
agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu
seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai
pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai
perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab
kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak
zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak
langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing
dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia.
Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai
suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan
keharmonian negara,
Dalam nada yang sama,
perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai
kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham
Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang
membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah
memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif
daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat
dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila
pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin
melaui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya, usaha merapatkan
jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.
Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.
MANFAAT
DASAR 1 MURID 1 SUKAN
Dasar 1 Murid
1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti
sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap murid akan
melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang
tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan
dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui
dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti
sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan,
sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi
murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program
Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang
mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang demikian, penyertaan setiap
murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi
1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras
dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1
Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan
dibincangkan demi kepentingan bersama.
Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang
menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju
dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang
bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan
secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai
murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk
membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid
berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib
mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S
diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan,
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun
murid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini
berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan mahu
membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui
sukan. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui
dasar ini.
Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat
memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak
cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan
memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan
demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan
sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya,
bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin
meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya
tidak aktif dan menghidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka.
Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak
mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam
di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan
memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas
dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat
dipupuk melalui dasar ini.
Jika kita singkap
dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk
perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan
merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.
Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini
kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama
55 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan
kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan
harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama
dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan.
Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna
kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul
sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami
budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1
Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara
keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan
akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan
khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini
lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu mementingkan kecemerlangan
dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah
membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus
kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk melakukan
kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara
balapan dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang
dari badan yang cergas. Dengan memiliki badan yang sihat, murid-murid dapat
fokus pada pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu
berfikir secara kreatif dan kritis. Secara implisitnya, murid akan beroleh
kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata, murid dapat mencapai
keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1
Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini.
Pada masa
yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke
arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang
berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh
menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan
oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak
sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli
sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja
serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu
menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan
imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara
kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam
bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan
arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara
yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar ini.
Bulan
semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak
membawa kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua
pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua
aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1
Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1
Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan
akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar
melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga
penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan
berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan
bukannya angan-angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah
pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing
di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.
KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG
Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh dengan pancaroba, permasalahan
berkaitan dengan wang amat sinonim dengan kehidupan seharian kita. Hal ini
demikian kerana dengan wanglah kita dapat melakukan segala-galanya walaupun
wang tidak dapat membeli segala-galanya. Menabung juga merupakan amalan yang
tidak asing lagi dengan konsep kewangan demi mewujudkan masa depan yang
terjamin. Oleh itu, anak-anak perlu dididik untuk menabung bagi menjamin keselesaan
hidup pada hari mendatang kerana bak kata pepatah "sediakan payung sebelum
hujan."
Amalan menabungkan wang sememangnya dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada anak-anak khususnya apabila mereka ingin menjejakkan kaki ke menara gading. Hal ini demikian kerana kos pendidikan ke IPT semakin meningkat saban tahun akibat faktor ekonomi khususnya kolej-kolej swasta. Amalan menabung juga dapat meringankan beban keluarga lebih-lebih lagi keluarga yang mempunyai ramai anak. Oleh itu, menabung dapat meringankan beban untuk memasuki IPT khususnya kolej-kolej swasta.
Di samping itu, amalan yang dituntut agama ini juga dapat digunakan bagi tujuan kecemasan. Hal ini demikian kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana bak kata pepatah "malang tidak berbau". Kos perubatan yang semakin meningkat juga merupakan sebab amalan menabung perlu diamalkan sejak kecil lagi bagi menampung kos perubatan yang mahal. Pada masa yang sama, nilai berdikari dapat ditanam dalam diri seseorang individu.
Seterusnya, sikap suka berhutang juga dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana dengan adanya wang simpanan, kita tidak perlu berhutang dengan orang lain ataupun dengan ceti haram. Jika kita tidak mempunyai hutang, beban hidup kita akan berkurangan. Hal ini kerana kita tidak perlu risau diburu oleh pemiutang ataupun diisytiharkan muflis dalam perniagaan.
Selain itu, kita juga dapat mempelajari selok-belok dunia perbankan. Perkara sebegini amat penting lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang bercita-cita untuk bekerja dalam agensi perbankan. Kita juga akan menjadi lebih arif akan perkembangan ekonomi dalam negara kita. Penabungan di bank juga dapat menyumbang kepada ekonomi dalam negara kerana wang yang ditabung akan dilaburkan sekali gus menjamin keteguhan ekonomi negara.
Intihanya, sebagai warga yang sentiasa bersedia menghadapi ujian yang mendatang, amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Walaupun menabung wang dalam kuantiti yang sedikit, lama-kelamaan wang tersebut akan terkumpul menjadi banyak. Bak kata pepatah "sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit". Kita juga perlu ingat bahawa penabungan kita akan membawa kepada hasil yang lumayan pada masa akan datang.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
Berderap seiring berjalan
pulang,
Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi
cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi
negara.
Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat
memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang
mampu merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk
pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil
inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa,kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar
yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam
kehidupan seharian mereka.
Ciri
utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai
sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai
peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak
kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh,
pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka
juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan
dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup
seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati
dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan
prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi
Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh
orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap
seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar
cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap
agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama
Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa
menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling
ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang
cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan
dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai
nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai
contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan
tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa
berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi
pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat
sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS).
Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa
masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka
sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang
berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka
juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang
mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual
aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan
masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa
berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya
mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui
pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya
menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa
menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga
tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam
proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa
pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam
kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.
Di
samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa
memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian
kerana, perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium
pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai
subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi
sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut
kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia
akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja
menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi,
sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan
disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar
seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan
dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang.
Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan
tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.
Bukan
itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal
ini demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat
mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang
cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar
mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan
lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti
seharian. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang
kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pelajar
yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak
mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui
kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan
menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk
berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu
menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar
cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata
peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal
lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang
kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian,
jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.
Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap
pelajar hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal
ini demikian kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan
kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai
kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam
sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan
seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja
dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka
kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Para
pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti
potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya,
pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda
serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh
hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti
kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.
Intihnya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar
bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang
cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran dan
seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan kerana,
pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui
tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang
cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
WAJIB LULUS MATA
PELAJARAN SEJARAH MAMPU MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN PELAJAR.
BAHASKAN.
Dasawarsa ini, isu semangat patriotik yang semakin luntur dalam
atma rohani generasi akar umbi kerap menjadi perbincangan dalam kalangan
marhaen di Malaysia. Dari segi konsepnya, semangat patriotik boleh
didefinisikan sebagai semangat cinta akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa
demi mempertahankan negara tercinta. Biasanya, golongan remaja yang tidak
menyedari kepentingan sejarah silam tidak memiliki semangat patriotik. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa, bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Menurut Tun Dr Mahathir, tiada bangsa di dunia yang tidak
mencintai tanah airnya sendiri. Natijahnya, negara akan menjadi mundur, masa
depan negara kabur jika generasi pelapis luntur semangat patriotiknya. Oleh itu
, langkah kerajaan yang akan mewajibkan pelajar peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia(SPM) lulus mata pelajaran sejarah merupakan langkah yang pragmatik
untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan belia.
Antara sebab kerajaan mewajibkan pelajar lulus mata pelajaran
Sejarah adalah kerana sifat menyeluruh isi kandungan mata pelajaran Sejarah.
Hal ini kerana peristiwa dan tarikh yang tercatat dalam sejarah tidak boleh
dipesongkan kerana faktanya tepat dan tidak terseleweng. Justeru, peristiwa 31
Ogos 1957 dan 13 Mei 1963 wajar dijadikan iktibar agar generasi muda lebih
menghargai dan menyedari kepentingan sejarah silam. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Menurut Datuk Dr Haji fadzillah Kamsah, manusia tanpa sejarah, melakukan
kesalahan yang sama berulang kali.Sekiranya, mata pelajaran Sejarah bersifat
menyeluruh dipelajari dan dihayati oleh generasi pelajar , maka pastinya
semangat patriotik akan lebih membara dalam jiwa mereka.
Selain itu, tiada cara lain yang lebih
berkesan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam diri pelajar selain
daripada mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana, mata pelajaran lain seperti
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik tidak membantu secara langsung
pemupukan semangat patriotik.Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan
penyelidik dari Universiti Putra Malaysia mendapati,mata pelajaran Sejarah
memberikan pendedahan kepada golongan pelajar untuk memahami dan menghayati
perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.Hal ini bertepatan dengan peribahasa, tak
kenal maka tak cinta. Menurut Abraham Lincoln, semangat patriotik
merupakan asas pembentukan sebuah negara bangsa. Sekiranya, segenap lapisan
marhaen di Malaysia menghayati sejarah negara, maka Malaysia akan menjadi
sebuah negara maju, aman dan damai.
Dalam pada itu, semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja hari demi hari menyebabkan mata pelajaran Sejarah perlu diwajibkan untuk lulus. Hal ini demikian kerana terdapat banyak insiden tidak bermoral seperti menjadikan Jalur Gemilang sebagai kain basahan dan sikap kurang ajar Namawee yang menukar lirik lagu Negaraku ke Negarakuku. Justeru, mata pelajaran Sejarah perlu disuntik secara paksa dan lebih mendalam dengan cara wajib lulus. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, cegah sebelum parah. Sekiranya pelajar sedar dan percaya akan kepentingan wajib lulus mata pelajaran Sejarah, maka pastinya hasrat mahu melihat generasi muda lebih bersemangat patriotik akan tercapai.
Akhir kalam, isu semangat patriotik yang semakin luntur kerap menjadi polemik dalam kalangan rakyat Malaysia. Sememangnya, semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia kini berada pada tahap yang rendah dan tidak boleh dibanggakan. Semoga,api semangat patriotik terus berkobar-kobar dan bernyala dalam diri setiap insan.Oleh itu kita perlu bersinergi supaya semangat patriotik dalam kalangan marhaen lebih baik. Sekiranya, semangat patriotik kita tinggi, maka negara kita menjadi lebih utuh dan kukuh seperti negara-negara atas angin.
GEJALA BULI SEMAKIN BERLELUASA DALAM KALANGAN REMAJA.
BINCANGKAN LANGKAH MENGATASI GEJALA BULI DI SEKOLAH.
Belakangan ini, isu gejala buli sering meniti dari bibir ke bibir golongan marhaen di negara ini. Dari segi konsepsinya, gejala buli boleh ditakrifkan sebagai perbuatan memeras ugut pelajar lain hingga mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa. Biasanya, murid sekolah menengah yang bermasalah terlibat dalam gejala buli ini. Keadaan pembuli dan mangsanya bertepatan dengan peribahasa, bagai anjing dengan kucing. Oleh itu, terdapat pelbagai strategi untuk mengatasigejala buli di sekolah.

Antara prakarsa
yang pragmatik dan
berkesan untuk menangani gejala buli ialah remaja seharusnya bijak memilih
rakan sebaya. Hal ini demikian dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dalam
gejala negatif. Justeru, remaja perlu mencari rakan yang Islamik, taat kepada
kedua ibu bapa dan mempunyai budi pekerti mulia sebagai rakan akrab. Natijahnya, remaja boleh
menghindarkan diri daripada terlibat dalam gejala buli serta perlakuan negatif
yang lain. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa Arab, jika kita berkawan dengan penjual minyak
wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan
terasa bahangnya. Rakan yang baik bolehdianalogikan seperti bunga ros yang sentiasa
mekar dan harum baunya. Menurut
Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, orang yang cemerlang dan hebat dalam pergaulan
bermula daripada cetusan aura apabila dikelilingi rakan-rakan yang hebat. Sekiranya remaja Malaysia bijak dalam
bersahabat, maka pastinya gejala buli dapat dikurangkan.
Selain itu, langkah seterusnya ialah ibu bapa bertanggungjawab
memantau tingkah laku anak-anak mereka. Hal ini demikian, ibu bapa boleh
mengesan sebarang perlakuan aneh anak-anak mereka. Justeru, ibu bapa seharusnya
megetahui keberadaan anak-anak mereka dengan
sentiasa berhubung melalui telefon bimbit. Natijahnya, ibu bapa boleh
menghindarkan anak-anak mereka daripada sebarang perlakuan songsang terutamanya
buli. Hal ini bertepatan
dengan peribahasa, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa pencoraknya. Pemantauan berkesan oleh ibu bapa
dalam menangani gejala buli boleh dianalogikan seperti selimut yang menutup
tubuh ketika kesejukan.Sekiranya, ibu bapa peka dengan tingkah
laku anak-anak maka statistik masalah buli dalam kalangan remaja di sekolah
akan berkurangan.
Selain itu, pihak kerajaan boleh menjenamakan semula kempen antibuli yang selama ini saban tahun diadakan di sekolah. Hal ini kerana kempen antibuli yang berteraskan ceramah dan pameran agak kurang terkesan di hati para pelajar. Pihak sekolah melalui Unit Disiplin Sekolah boleh menukar strategi kempen yang proaktif dan provokatif bagi tujuan menakut-nakutkan bakal pembuli. Justeru, pihak sekolah umpamanya boleh meminta kerjasama pihak Jabatan Penjara Malaysia atau Polis Diraja Malaysia bagi memastikan kempen antibuli menjadi lebih berkesan. Kerjasama pelbagai pihak dalam menangani gejala buli boleh diumpamakan seperti ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Sekiranya, kempen antibuli berjaya meresapi nurani pelajar maka pastinya sekolah menjadi tempat yang lebih selamat untuk semua pelajar.
Akhir kalam, gejala buli yang menjadi polemik dalam kalangan masyarakat pelajar di negara ini perlu ditangani segera. Sememangnya gejala buli masih wujud namun banyak kes-kes terpencildisensasikan oleh media massa di negara ini. Semoga gejala buli dapat ditangani secara bijaksana oleh pihak berkuasa dengan kerjasama pihak sekolah. Oleh itu kitaperlu bersinergi dalam memastikan gejala buli dapat dilenyapkan di bumi bertuah ini. sekiranya gejala buli tidak wujud maka Malaysia mampu berdiri gah di persada dunia dan mendabik dada kerana generasi mudanya bertaraf dunia.

TEMA :
Menghargai kasih sayang guru
ARAH :
Cara
Dalam
mendepani era milennium pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara
yang semakin pesat membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ekonomi
negara yang semakin maju ibrata tenggelam sama basah, timbul sama hanyut dengan
negara maju lain. Namun, dasawarsa ini generasi muda kurang menghormati guru
sungguhpun golongan guru ibarat lilin yang yang sanggup membakar diri. Suffian
Astauri ada menyatakan, menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat. Hal ini
kerana , menuntut ilmu merupakan bekalan pahala kita di akhirat nanti. Surah
Al-Baqarah ada menjelaskan, boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu perkara
sedangkan perkara tersebut baik untukmu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu
perkara sedangkan perkara tersebut tidak baik untukmu. Hatta, tanpa guru tidak
lahir golongan cerdik pandai yang mampu memimpin negara ke arah kecemerlangan.
Oleh itu, Konsep Sekolah Penyayang yang berteraskan budaya kemesraan dan kasih
sayang antara guru dan murid sewajarnya diterapkan di setiap sekolah. Rentetan
itu, murid akan lebih menghargai setiap ilmu yang dititiskan oleh
guru. Malahan, terdapat pelbagai variasi uslub dan minhaj boleh diswadaya bagi
menghargai golongan guru. Hal ini kerana, guru sentiasa menganggap murid
sebagai benih yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata yakut yang
bersinar cemerlang, dilemparkan ke laut menjadi pulau penuh khazanah.
Sudah
terang lagi bersuluh, prakarsa yang afdal untuk menghargai kasih sayang guru
adalah menghormatinya. Tamsilnya, kita mestilah memberi salam dan mengikuti
arahan guru pada setiap masa. Hal ini kerana, guru ialah orang yang mencurahkan
ilmu dan mengajar kita erti kehidupan tanpa mengenal jemu. Natijahnya, kita
akan menjadi orang yang berpengetahuan luas dan bersedia menghadapi krisis
kehidupan pada masa akan datang. Murid yang menghormati guru boleh dianalogikan
seperti semut merah yang menghormati dan melindungi permaisurinya. Menurut
Whittier, apabila kepercayaan terhadap guru hilang, maka matilah orang itu.
Surah An Nahl ayat 125 ada menyatakan, serulah ke jalan Tuhan-Mu wahai Muhammad
dengan hikmah dan pengajaran yang baik serta berbahaslah dengan cara yang
terbaik. Hal ini bermakna, guru merupakan orang yang sepatutnya kita letakkan
di tempat yang tinggi kerana agama Islam sendiri meletakkan guru sebagai insan
selepas ibu dan bapa. Sekiranya pelajar di Malaysia menghormati guru-guru
mereka , maka wujudlah suasana sekolah yang kondusif dan harmonis. Oleh itu,
marilah kita menghormati guru yang mengajar kita supaya kita menjadi pelajar
yang cemerlang dan berakhlak mulia.
Peribahasa
Melayu ada menyatakan, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Oleh itu, sebagai murid, kita seharusnya bersyukur dan sentiasa mendoakan
kebahagiaan guru yang telah mendidik kita tanpa jemu. Tambahan pula, mereka
sanggup bersengkang mata menanda kertas peperiksaan dan mengadakan kelas
tambahan semata-mata mahu melihat kejayaan anak didiknya. Jika kita sentiasa
mendoakan kebahagiaan guru-guru kita, ilmu yang kita pelajari akan kekal dan
diberkati oleh Allah s.w.t. Imam Abu Hanifah pernah menyatakan, “tidak
sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan mereka yang
pernah mengajarku.” Hal ini kerana, sebagai umat Islam kita seharusnya sentiasa
berpegang teguh pada ajaran Islam dan mentaati serta mendoakan
guru-guru kita agar kita dapat belajar dengan tenang dan selesa.
Sebagai
remaja yang lagi lebai lagi berjanggut, kita semestinya membantu guru tatkala
mereka inginkan pertolongan kita.Hal ini kerana, guru merupakan golongan yang
perlu dihormati oleh individu bergelar pelajar. Natijahnya, keberkatan
ilmu akan diperoleh jika menyenangkan hati guru mereka tanpa
menggores perasaan mereka. Seyogia, setiap pelajar harus ringan tulang membantu
guru-guru mereka. Hal ini bertepatan dengan aforisme, habis kapak berganti
beliung. Tanpa sikap ringan tulang, pasti pelajar akan mengalami kesukaran
untuk berjaya kelak. Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, pelajar yang
terbaik ialah pelajar yang sentiasa datang awal ke sekolah membantu guru sesuai
dengan peribahasa hanyut dipintasi, lulus diselami dan hilang dicari.
Sementelahan, jasa guru terhadap pelajar tidak ternilai dengan harta dan wang
ringgit. Sekiranya setiap pelajar berusaha sedaya upaya menbatu guru seperti
membawa buku guru dan menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan, segala
ilmu akan beroleh keberkatan.
Peribahasa seperti
pahat dengan penukul menggambarkan sikap liat dan berat hati dalam melakukan
tugasan. Oleh itu , pelajar perlu mengubah sikap dan sentiasa bertindak pantas
dalam membuat sebarang tugasan yang diarahkan oleh guru. Menurut Surah Ar Ra’d,
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut yang
mengubahnya. Hal ini menunjukkan bahawa, pelajar perlu memiliki wawasan dan
visi yang jelas di sekolah. Sikap malas harus dibuang sama sekali dan sikap
rendah diri dalam menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan oleh guru perlu
wujud dalam diri pelajar. Seperkara yang penting ialah, setiap tugasan
merupakan amanah yang diberikan oleh guru kepada murid. Manakala sebagai murid,
kita perlu berusaha sedaya upaya menyiapkan tugasan yang terbaik untuk
diserahkan kepada guru. Sekiranya semua pelajar berintegriti dalam menyiapkan
tugasan serta memahami tanggunjawab diri, maka elemen kasih sayang antara guru
dan murid semakin terpaut erat.
Sebagai
pengitlakan, guru ialah insan yang perlu kita letakkan pada darjat yang tinggi.
Guru banyak berkorban masa dan tenaga mendidik kita sehingga berjaya. Albert
Einstein sendiri pernah menyatakan, ilmu tanpa agama ialah buta. Hal ini
membuktikan kepada kita bahawa, pelajar yang berilmu dan berpengetahuan dalam
semua bidang terhasil daripada komitmen dan kerja keras golongan guru. Sebagai
murid, kita perlu menjadi seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan
paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku dalam
memartabatkan guru-guru kita. Sekiranya semua pelajar menghargai jasa dan
pengorbanan guru, maka ilmu yang dipelajari diberkati dan seterusnya menjana
modal insan kelas pertama.
Jika
hari ini seorang ulama yang mulia ,
Jika
hari ini seorang peguam menang bicara ,
Jika hari ini seorang perdana menteri
berkuasa ,
Semuanya bermula
dengan guru biasa ,
Yang mengajar tulis
baca.
LANGKAH
UNTUK MENANGANI MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG
Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 57 tahun, ibu pertiwi kita
yang telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Sehubungan dengan hal itu,
peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita
tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecapi,
negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit.
Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat,
tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang dimaksudkan
dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang
disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh
dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplimentasikan untuk
merungkai masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat
didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.
Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada
jalan penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya
mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan
konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan
batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lootze, kehidupan membazir
dan tamak haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu,
kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya
nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya berbelanja
mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan
usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut
hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada
menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Bukan
itu sahaja, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat
menarik penyertaaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan
artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah
bahawa penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan holistik merupakan
perisai yang ampuh untuk merungkai masalah kenaikan harga barangan.
Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk
menyelesaikan sebarang kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu
kenaikan harga barang. Namun begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya
menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita
tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi
daripada kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan
matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang
berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan agensi
bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga
barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang patut
dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong peranan
kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi
hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima sebarang aduan dan
menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga
barangan keperluan, penjualan barangan yang telah luput tarikh, caj
perkhidmatan yang melampau dan sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan
terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan
tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan hubungan
ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga
berpegang pada falsafah Confusius, apakah gunanya sekiranya kita tidur
sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang
berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak
pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan
tindakan efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.
Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang
tidak boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah
kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini
perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada
uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi
ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil
tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka
hatitanpa memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan
berkaitan juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengadakan
pemeriksaan secara mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa
untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan
tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan
juga haruslah melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka
untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang
secara serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan
peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan
atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah
agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua
kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan
mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat
mengekang masalah kenaikan harga barangan di pasaran.
Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan
menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah
membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha
yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media massa juga
menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan
merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana
yang kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat
Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh itu, tidak
hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan keuntungan
akan bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas gologan pengguna
yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang
tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna
kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa, pengguna
akan mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan
oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga
barangan, pengguna akan dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan agensi
bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan. Melalui penyebaran
maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para pengguna termasuk suri
rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara total dan
bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak mereka
seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di negara ini.
Dari dimensi yang berbeza, kurikulum dan
kokurikulum tentang ilmu kepenggunaan di sekolah adalah pendekatan yang
ampuh untuk melahirkan pengguna muda yang bijak. Hal ini disebabkan oleh proses
pendidikan yang berkesan hanya dapat dilakukan oleh pihak sekolah untuk
melahirkan generasi yang berilmu terutamanya ilmu kepenggunaan. Ilmu
kepenggunaan perlu disuntik kepada sanubari pelajar kita ketika masih di bangku
sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Melalui mata
pelajaran Kemahiran Hidup, pelajar telah disalurkan pengetahuan tentang hak-hak
pengguna. Di samping itu, semua sekolah juga digalakkan supaya menubuhkan Kelab
Pengguna kepada remaja yang berusia setahun jagung dan berdarah setampuk
pinang. Pelbagai aktiviti boleh dianjurkan seperti perbahasan, pidato,
perbicaraan mahkamah pengguna dan sebagainya. Tindakan ini amat penting supaya
anak muda kita akan menjadi jauhari yang mengenal manikam, iaitu
menjadi pengguna yang bijak. Kesannya, ketika melangkah ke alam kedewasaan,
golongan tersebut dapat menggunakan kuasa pengguna daripada terus ditindas oleh
pengguna yang tamak dan tidak beramanah. Ternyatalah bahawa ilmu kepenggunaan
dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi.
Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang
lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai minhaj yang dapat diambil
untuk menangani masalah kenaikan harga barang di negara kita. Oleh
itu, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk
mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia
yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu
kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada
menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang
melayang. Oleh itu,semua anggota komuniti haruslah mendukung
semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung masalah
tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana
Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan
Mat Jenin. Diharapkan usaha yang dimainkan dapat memelihara kestabilan
ekonomi pelbagai pihak.
PERANAN PIBG MEMBANTU MENINGKATKAN KECEMERLANGAN
AKADEMIK, SAHSIAH DAN KOKURIKULUM MURID-MURID DI SEKOLAH.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan elemen penting dalam
sesebuah institusi pendidikan. Hubungan yang erat antara ibu bapa dan guru
berupaya meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang akademik, sahsiah dan
kokurikulum. Sering kali kita lihat di dada-dada akhbar bahkan sudah lali
di telinga tentang isu ibu bapa menyerang guru dipolemikkan dan menjadi tajuk
utama dalam akhbar harian. Pihak sekolah pula mempertikaikan tindakan
ibu bapa yang menuduh pihak sekolah tanpa usul periksa terlebih dahulu punca
anak mereka didenda ataupun dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak sekolah.
Fenomena ini tidak seharusnya terjadi jika wujudnya persefahaman
dan kejelekitan hubungan antara PIBG dengan pihak sekolah. Persoalannya kini,
apakah prakarsa atau kerjasama yang dapat dijalinkan bagi mencapai kata sepakat
sejajar dengan mutiara kata, Bersekutu membawa mutu? Oleh itu, segala
elemen penting untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan
kokurikulum murid akan dikupas dengan lebih terperinci lagi untuk kepentingan
semua pihak.
Sebagai lanjutan huraian di atas, perkara dominan yang harus
dititikberatkan ialah kerjasama ibu bapa dan guru dalam bidang akademik.
Sebagai contohnya, guru boleh memaklumkan tahap progresif akademik murid
kepada ibu bapa mereka pada setiap akhir peperiksaan. Apabila ibu bapa
sudah tahu tahap pencapaian akademik anak-anak mereka, melalui
perbincangan dalam mesyuarat PIBG, pelbagai insiatif boleh diambil bagi
menangani masalah pencapaian akademik anak-anak mereka. PIBG boleh
memberikan saranan bagi menambahbaikkan program kecemerlangan yang telah
dirancang oleh pihak sekolah. Melalui perbincangan profesionalisme
inilah akan lahirnya pelbagai program kecemerlangan seperti Program
Menuju Puncak, Program Jejak Gemilang dengan menjemput penceramah yang
mahir dan berpengalaman dalam mata-mata pelajaran tertentu. Keprihatinan
dan kebertanggungjawaban inilah akan dapat melonjakkan GPS sekolah seterusnya
kegemilangan dalam pencapaian akademik akan terserlah. Seterusnya, masa
depan negara yang bakal diterajui oleh belia-belia negara sudah pasti bukan
lagi menjadi impian semata-mata. Jelaslah bahawa peranan PIBG dalam membantu
meningkatkan kecemerlangan akademik murid tidak perlu lagi dipertikaikan
terutamanya sumbangan dalam bentuk saranan idea yang bernas mahupun dana
kewangan.
Lontaran idea yang seterusnya, kepentingan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru dalam mendidik sahsiah anak nusa bangsa. Pada realitinya, guru
merupakan mata dan telinga ibu bapa di sekolah. Hal ini kerana rata-rata
murid menghabiskan satu per tiga masanya di sekolah termasuklah kelas
tambahan, aktiviti sukan dan sebagainya. Biar kita ambil contoh
yang paling dekat dengan kita, murid yang bermasalah dari segi sahsiahnya
lazimnya akan dipanggil oleh guru disiplin. Obligasi guru pula adalah dengan
memaklumkan tingkah laku anak mereka di sekolah. Melalui Mesyuarat Agung
PIBG, segala permasalahan disiplin murid yang menjadi agenda perbincangan turut
dibahaskan dengan pelbagai usul dikemukakan oleh ibu bapa. Pada masa yang
sama, PIBG tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab membentuk keperibadian
yang syumul anak-anak mereka kepada pihak sekolah sahaja. Sebagai
contohnya, pada Hari Terbuka ibu bapa seharusnya mengambil peluang keemasan ini
untuk bertemu dan berbincang dengan guru bagi mengetahui perkembangan semasa
anak mereka di sekolah lebih-lebih lagi tentang masalah disiplin anak mereka.
Persis mutiara kata yang mengatakan bahawa kalau tiada angin masakan
pokok bergoyang. Peribahasa tersebut menjelaskan bahawa setiap perbuatan
itu ada sebab dan musababnya. Ibu bapa seharusnya mendidik anak mereka
sejak usia mereka setahun jagung, darah setampuk pinang lagi. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Izharlah
bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru memainkan peranan yang penting dalam
meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid.
Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam memantapkan kokurikulum
tidak seharusnya dipandang sebelah mata. Kegiatan kokurikulum merupakan
aktiviti di luar bilik darjah yang amat digalakkan untuk penyertaan semua
pelajar. Selain menyahut seruan kerajaan 1Murid 1Sukan, kegiatan
kokurikulum juga akan mencergaskan fizikal dan mencerdaskan minda murid-murid
di sekolah. Sebagai analoginya, PIBG boleh memberikan komitmen yang padu dalam
penganjuran Hari Sukan Tahunan dengan menjemput semua ibu bapa hadir untuk
memberikan sokongan dan memeriahkan Hari Kejohanan Sukan tersebut.
Galakan yang diberikan secara tidak langsung akan meningkatkan semangat
kesukanan murid. Hal ini demikian kerana dengan adanya ibu bapa tersayang
memberikan semangat, pelajar akan terdorong dan lebih teruja untuk memenangi
sesuatu acara sukan tersebut. Guru-guru pula dapat berkenalan dengan ibu
bapa pelajar sekali gus membincangkan potensi-potensi yang dapat dicungkil
daripada anak mereka. Rentetan daripada itu, bidang kokurikulum dapat
ditingkatkan ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Seharusnya kita lebih mengerti pengaruh PIBG dalam menjayakan aktiviti
kokurikulum ini melalui komitmen, sokongan padu dan galakan ibu bapa terhadap
penyertaan anak-anak mereka dalam kegiatan kokurikulum ini. Tambahan
pula, pencapaian kokurikulum turut diambil kira dalam prasyarat kemasukan ke
IPTA. Jadi, ibu bapa dan gurulah yang perlu mencorakkan hala tuju mereka
ke arah yang lebih baik. Tuntasnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru amatlah
penting dalam meningkatkan kecemerlangan kokurikulum sekali gus meniupkan
harapan senada dalam memenuhi aspirasi negara seiring dengan slogan ‘Majulah sukan
untuk negara’.
Sudah terang lagikan bersuluh, Persatuan Ibu Bapa dan Guru berupaya
membantu dalam meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Usahlah kita memandang enteng dengan potensi yang ada dalam wira bangsa
anak-anak kita dengan mengagung-agungkan masyarakat luar umpama anak di
pangkuan diletakkan, kera di hutan disusui. Oleh hal yang demikian, pihak
Persatuan Ibu Bapa dan Guru wajarlah mengambil langkah dan prakarsa yang
konkrit, sistematik dan pragmatik bak peribahasa sediakan payung sebelum hujan,
sebelum nasi menjadi bubur. Sesungguhnya dengan berkat semua pihak yang
saling berganding bahu bagai aur dengan tebing, bergerak seia sekata,
kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum dapat direalisasikan demi
menyahut Wawasan 2020 yang bakal menjelang tiba sekali gus melahirkan rakyat
yang sihat sejahtera serta berketerampilan dalam segala bidang.
PERANAN IBU BAPA DAN MASALAH SOSIAL
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai
penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda
golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja terjebak
dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Masalah sosial adalah
suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan
kehidupan kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti
dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan
vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat
rempit. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala
sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah
bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala
sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah
diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga
diadakan secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran
bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.
Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.
Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.
Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.
Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.
Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM.
Kegiatan
kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat tiga jenis kegiatan
kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar
digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana mendatangkan banyak faedah.
Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah pelajar dapat memanfaatkan masa lapang mereka dengan bijak. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tidak akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tiada feadahnya seperti merokok, melepak, mencuri dan lain-lain.Secara tidak langsung, pelajar akan dapat menghindari diri sendiri daripada terjebak dengan gejala sosial dalam kalangan remaja. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan membuat latihan pada setiap petang dan akan mengisi masa petang kita dengan melalukan perkara-perkara yang berfaedah. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat memenuhi masa lapang kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih diri pelajar untuk menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan, maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi seorang pemimpin. Dengan adanya jawatan-jawatan seperti ini, ini akan membuat pelajar-pelajar lebih bijak menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka.Aktiviti kokurikulum juga akan menambahkani keberanian dalam diri seorang pelajar itu.
Malahan, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum. Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Oleh itu, kita boleh berbincang atau bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Kita juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka walaupun berlainan agama atau kaum.Dengan ini, akan terjalinlah hubungan yang erat sesama kita.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum kita juga
dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai
kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita
akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada
peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.Disiplin juga memainkan peranan
yang penting dalam mencapai kejayaan. Justeru, pelajar haruslah menyertai
aktiviti kokurikulum untuk memantapkan lagi disiplin mereka.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh itu, saya menyarankan kepada rakan-rakan agar memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Apalah gunanya mempunyai otak yang pintar sekiranya tubuh badan kita tidak bermaya.Pihak sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan lagi minat pelajar untuk menyertainya. Ibu bapa pula haruslah menasihati anak-anak mereka supaya melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum di sekolah. Dengan itu, sekolah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
No comments:
Post a Comment