KEPENTINGAN PERPADUAN
Umum mengetahui bahawa
Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri
daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula
ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia
sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang
pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila
semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan
mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah
dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu,
setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek
perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam hal ini, perpaduan
kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik
dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur
pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara
sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin
Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan
ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena
global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada
pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah
Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang
ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak
kata pepatah Melayu’ pucuk dicta, ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan
faedah kepada Malaysia.
Seperkara lagi, perpaduan
kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri
daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri
daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam,
agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu
seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai
pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai
perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab
kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak
zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak
langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing
dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia.
Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai
suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan
keharmonian negara,
Dalam nada yang sama,
perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai
kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham
Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang
membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah
memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif
daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat
dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila
pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin
melaui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya, usaha merapatkan
jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.
Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.
No comments:
Post a Comment