SPM 2015 - SOALAN
RAMALAN (DIMENSI KELUARGA)
SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan ahli
masyarakat. Oleh sebab itu, huraikan peranan keluarga dalam pembentukan
semangat kejiranan yang kukuh.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Jiran – penduduk yang tinggal
berdekatan – orang pertama yang dapat membantu kita – semangat kejiranan
semakin dipandang sepi – dikatakan kurang penting kerana masing-masing
bersikap kera sumbang – keluarga memainkan peranan dalam pembentukan semangat
kejiranan yang kukuh
|
ISI PENTING
|
1. Ibu – menjadi suri teladan
kepada anak – bertegur sapa dengan jiran tetangga – berkenalan secara harmoni
tanpa melihat warna kulit waima agama – anak akan mengikut sikap ibu bapa –
berkenalan dan beramah mesra dengan jiran – tak kenal maka tak cinta
2. Bapa – menghulurkan bantuan
kepada jiran – membantu orang yang berada dalam kesusahan – meringankan jiran
– menghantar jiran yang sakit ke hospital – menunjukkan keprihatinan – hari
ini hari orang, esok mungkin hari kita – dibantu jiran pula – bersyukur
3. anak – menghormati jiran –
bersalam dengan jiran – mengucapkan selamat pagi – berkawan dengan anak jiran
– pergi ke sekolah bersama-sama – belajar dalam kumpulan di rumah – sama-sama
menghadapi kesusahan dan kesenangan – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
– membentuk semangat kejiranan sejak kecil
4. keluarga – mengajak jiran
menyertai kegiatan kemasyarakatan – bersukan, gotong-royong, dan aktiviti
riadah yang lain – menjalin kemesraan dan membentuk gaya hidup yang sihat –
menjamin kerukunan jiran tetangga – jiran bermuafakat membawa berkat
5. sebagai serumpun kejiranan –
saling membantu dalam kalangan jiran – menjayakan majlis, kenduri, dan
sambutan yang dianjurkan – berkongsi kos untuk menjayakan sambutan perayaan –
mengadakan rumah terbuka – hubungan pasti menjadi erat bagai isi dengan kuku
|
PENUTUP
|
Jiran – menghubung utama kita jika
tiada di rumah – memerlukan jiran yang bersepakat – muafakat itu berkat –
memastikan hubungan kejiranan kekal kukuh dan kuat – membina perpaduan
nasional melalui semangat kejiranan – hidup berpecah jika tidak bersatu hati
– bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
|
(KBAT)
Kenaikan harga barang dalam pasaran merupakan masalah utama yang
dihadapi oleh masyarakat. Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal perbelanjaan
keluarga.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Ekonomi – semakin gawat – harga
barangan dalam pasaran semakin tinggi – perbelanjaan dalam keluarga turut
meningkat – ibu bapa harus memainkan peranan mereka dari segi ekonomi –
mengawal perbelanjaan keluarga
|
ISI PENTING
|
1. Ibu bapa harus menjadi suri
teladan kepada anak – merancang perbelanjaan keluarga – menulis senarai
barangan keperluan – membeli di pasar raya setelah membuat perbandingan harga
– tidak membazirkan wang – mengawal perbelanjaan keluarga bersama anak
2. ibu bapa perlu mendidik anak supaya
berjimat cermat – bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan – tidak membeli
barangan yang berjenama – mengutamakan barangan buatan tempatan – mengawal
perbelanjaan – lebih murah dan berkualiti – patriotik
3. ibu bapa perlu menyediakan
makanan di rumah – mengurangkan perbelanjaan makan di luar yang mahal –
dimasak oleh ibu dengan kasih sayang – anak-anak mendapat menikmati makanan
yang sihat – menjalin hubungan kekeluargaan yang erat dan kukuh
4. ibu bapa bolehlah menanam
sayur-sayuran dan buah-buahan sendiri – mengajak anak-anak mengerjakan kebun
– berbudi kepada tanah – mendapat hasil tanaman – berasa puas hati dan
bersyukur – tidak perlu membeli sayur – boleh dijual untuk menambah
pendapatan di samping menjimatkan perbelanjaan keluarga
5. ibu bapa haruslah mendidik anak
mengawal perbelanjaan melalui didikan agama – Nabi Muhammed SAW seorang yang
berhati-hati dalam perkara yang dilakukan – sikap hati-hati dan bersabar
harus diamalkan demi mengurangkan nafsu untuk memiliki barangan yang mahal –
berbelanja dengan berlandaskan keperluan, bukan kemahuan
|
PENUTUP
|
Ibu bapa – nakhoda utama dalam
keluarga – mesti berbelanja dengan bijaksana – mengawal perbelanjaan keluarga
demi mengekalkan iklim ekonomi yang sihat – memastikan keluarga bebas
daripada masalah kewangan – ekonomi keluarga menjadi lebih kukuh demi masa depan
|
(KBAT)
Anda akan menyertai pertandingan pidato. Tajuk pidato
tersebut ialah “Keluarga Bahagia Negara Berjaya”.
Tulis teks pidato tersebut selengkapnya.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Kata alu-aluan kepada Tuan
Pengerusi Majlis, barisan hakim, guru-guru, rakan seperjuangan, dan penonton
di dewan – mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk
menyampaikan pidato – menyampaikan pidato yang bertajuk “Keluarga Bahagia
Negara Berjaya”
|
ISI PENTING
|
1. Keluarga – unit kecil yang
membentuk masyarakat – semua manusia berharap dapat membentuk kebahagiaan
selepas berkahwin dan berkeluarga – menjamin kerukunan – semangat kerukunan
tersebut dapat diamalkan dalam negara – sentiasa mengekalkan kerukunan negara
demi memastikan kemajuan negara – bebas daripada gejala negatif
2. Keluarga – kekal bahagia sampai
bila-bila – anak-anak berasa disayangi oleh ibu bapa – tidak akan
menghampakan harapan ibu bapa – belajar dengan bersungguh-sungguh – mencapai
kejayaan diri, keluarga, dan negara – berjasa kepada negara – memodenkan dan
memajukan negara dengan acuan tersendiri – berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara maju yang lain
3. Setiap anggota keluarga –
bersikap toleransi dan hormat-menghormati – yang tua menghormati yang muda
dan sebaliknya – penghormatan itu dikekalkan apabila anak menghadap pasaran
kerja – menghormati pemimpin – bekerjasama dengan pemimpin negara – menyokong
dasar pembangunan kerajaan – memajukan bangsa dan negara demi berdiri di pentas
kejayaan
4. ibu bapa dan anak-anak harus
berpendidikan – dengan didikan yang baik kita dapat berkhidmat kepada
masyarakat – melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi – membina kerjaya
yang kukuh – membangunkan negara melalui pelbagai usaha – membuat kerja
dengan dedikasi – mencurahkan bakti dan jasa kepada negara yang tercinta –
membangunkan negara ke arah kejayaan
|
PENUTUP
|
Keluarga ialah tunjung kejayaan
negara – impak yang besar kepada negara tercinta – memastikan keharmonian dan
kemakmuran dinikmati bersama – melakar sejarah yang tersendiri demi kecintaan
terhadap negara – lahir daripada rasa sayang akan keluarga – sesebuah
keluarga yang bahagia dapat menjamin kejayaan sesebuah negara
|
No comments:
Post a Comment